Saturday 6 December 2014

Harga sebuah persahabatan.

Assalamualaikum

Nilai persahabatan ada yang semurah sepotong kek. Gara-gara sepotong kek boleh jadi salah faham, terasa hati dan memendam rasa. Kerana tidak berjaya untuk memahami dan mengerti keadaan rakan yang sibuk giler. Okay biarkan ketenangan datang semula, InshaAllah nilai persahabatan akan kembali. Dan saya tak teragak-agak menerimanya kembali dengan terbuka hati. Biasalah setiap manusia ada angin pasang dan surut.

Dalam keadaan yang teramat sibuk dan masa selalu buat jantung berdegup laju, beri sedikit ruang untuk persahabatan. Dengar segala rintihan dan masalah.. bantu sekadar mampu. Jika tiada masa, berikan pertolongan lain yang mampu. Semoga sahabat tidak bersedih lagi. Semoga keadaan yang sibuk ini tidak memutuska nilai persahabatan dan masih berguna disisi mereka. InshaAllah.

Ruginya persahabatan bila bermula dengan 'tidak baik' kerana salah sangka..salah pengertian..salah perhitungan. Sedangkan ia tidak menjadi keruh jika ada komunikasi yang baik dan jiwa yang matang. Biasalah kita manusia.. perlukan masa untuk berubah dan menerima tadirNya. 5 tahun sekalipun aku sanggup tunggu dan berusaha untuk kita saling memaafkan. Buang yang keruh ambil yang jernih.

Sekejap hilang sekejap datang bila memerlukan bantuan. Alhamdullillah kerana diri ini masih diingati sebagai kawan yang suka membantu. Bantulah sekadar mampu.

Sahabat.. kehadiranmu walau seketika cukup pantas untuk terpahat dihati selamanya. Walau kita terpisah lama, semuanya masih dalam ingatan. I LOVE YOU


2 comments:

iha said...

Bersabarlah.. tak semua yang akan faham kita walaupun orang tersebut adalah kawan lama, kawan baik, kawan rapat dan yang sewaktu dengannya.. apapun moga ikatan persahabatan terjalin semula dan menjadi lebih baik dari sebelumnya.. cewah panjang komen iha..

Unknown said...

Iha juga sentiasa di hati kak Jhaa.. Love youuuuu