Wednesday, 3 December 2014

Serak serak basah

Assalamualaikum..

Best jugak kalau nyanyi lagu Ella dua tiga hari ni.. suara serak-serak basah gitu. Musim orang demam sekarang ni. Saya dah lepas.. anda pula bagaimana? Minum air banyak-banyak ye.. Rasa seksa kalau dah jadi macam ni. Nak bagi arahan kepada pekerja pun tak lepas.. cakap kat handfhone dah macam suara garau budak lelaki. Nak cakap kuat-kuat tak keluar.. cakap slow orang pulak tak dengar. Adoi susahnya..

Baru sekejap Allah tarik suara.. bagaimana perasaan orang bisu agaknya? Allah beri mereka kesabaran.. redha.. dan kelebihan lain. Mampu menyatakan rasa hati dengan cara mereka sendiri. Tapi kita sebagai orang yang cukup sifat kadang-kadang tak terluah apa yang terbuku. Membiarkan seribu rasa terpendam bertahun lamanya.

Bila dah tiada suara ni makin banyak pula yang nak dicakapkan. Tapi tak terluah bila memikirkan suara tak keluar. Nak cakap I LOVE YOU pun tak dapat. Akhirnya mampu memandang saja.. aku pandang kau..kau pandang aku.. molek.. Haha

Arrrhhh.. Lega rasanya dapat bercakap dengan elok kat sini.. Lalalaala....

2 comments:

Iha Zaliza said...

Nasib baik kat blog tak pakai suara.. hehe..

Mieza Jhaa K said...

haha..tp menulis kt blog mcm bersuara jgk