Wednesday, 28 January 2015

Happy Birthday Mr.K

Assalamualaikum..

25 Januari hari lahir Mr.K ku yang ke... 30 tahun.. haha..masuk 30 dah dia. Saya? tahun depan menyusul.. 5 tahun kami membesar dan mengalami proses penuaan sama-sama.  Namun dia tetap begitu. Kalau dulu dia pendiam, sekarang juga dia masih pendiam dan sentiasa buat saya tenang. Alhamdulillah.. dia seorang yang amat cool, tanpa masalah terpamer di wajahnya. Macam baby you! Hahaa

Malam tu saya buat kek birthday dia yang tidaklah secantik kek orang lain walaupun saya tukang buat kek. Namun cukup bermakna sebab kek tu kegemaran dia. Dan kek tu la permulaan saya berminat untuk menceburi dunia kek. Amat bermakna.. Kek coklat moist kukus resepi mak mertua.


Haha.. rare kan kek birthday ni. Kukus dalam bekas kemudian letak lilin atas tudung.. amik kau. Jahat punya bini..kahkah.. Layan je la Mr.K kenakalan isterinya ini.. tak habis-habis dengan gurauan.

Happy Birthday My Darling.. semoga menjadi suami yang sentiasa menenangkan isteri yang agak kalut dan nakal ni dan tak reti duduk diam ni. kikiki


Seperti biasalah bila birthday dia.. ajak keluar makan ikan siakap 3 rasa kat restoran Batu 48. Situ je la boleh harap sikit kat Dungun ni. Tempat best lain macam dah biasa sangat dah. Kalau ada restoran macam hotel 5 bintang tu best jugak kat Dungun ni kan.


Tengah fikir hadiah apa nak beli ni.. lambat sket tak apa la kan. hehe

3 comments:

CikLily Putih said...

wah buat kek sendiri, hebatlah. jeles I wokeh... hehehhee

TunSha Ayunie said...

Hahahhaa apalaaa sweet sangat ni... idea ni... nak buat kat hasben jugak la nanti.. hiks

Akak Vitamin said...

Hehe.. sweett :)