Assalamualaikum
Dulu dua bulan nak kawin saya menggelabah giler. Apa taknya, perkara paling penting sebagai seorang isteri masih tidak dimiliki. Apa itu? MEMASAK la beb. Apo kono eh jang..masak pun tak reti apakebenda, macam mana nak jadi isteri nih. Suami pulak suka makan nasi berlauk pauk kat rumah, bukannya kaki kedai. Dia selalu cerita pasal kehebatan dan kesedapan masakan bakal mak mertua. Haih biru den dibuatnya. Bukan setakat pucat.
Apa lagi, kehulu kehilir la saya pergi belajar memasak. Alhamdulillah, sekurang kurangnya pandai la asas sikit sikit. Siap fotostat resepi banyak banyak. Dalam nset lagi la banyak kot kot kena masak kari ikan ke apa, tiba tiba lupa pulak bahannya. Baik saya sediakan payung sebelum hujankan.
Maka tibalah hari yang dinanti 2 bulan kemudian. Hmm sesungguhnya tanpa pengalaman ia tetap tidak menjadi. Masin la, termanis la. Kelat pun ada! Adooii teruk punya bini. Mujur la suami jenis tak banyak komplen. Makan je walaupun muka dah biru kemasinan.
Tapi alhamdulillah, kini saya tahu seghale ghalenya. Nak masak apa? Kari kepala ikan todak? Ikan siakap masak stimboat? Hahaha dunia masakan ni saya yang punya. Ini lah hikmahnya bila tinggal dengan mertua. Boleh belajar masakan kesukaan suami. Inilah juga faedahnya bila rajin. Tak menjadi cuba lagi cuba lagi, jangan putus asa. Apa pun RAJIN tu kunci seghale ghalenya. Kalau pandai masak pun tapi pemalas apa gunanya. Suami nak makan apa pun hambat suruh pergi makan ke kedai. Hapa punya bini la.
Zaman sekarang ni mas kawin bukan main tinggi lagi pihak perempuan tetapkan. Tapi anak bukan main pemalas lagi. Saya dulu pun tinggi jugak hantarannya, namun saya rajiiinnnn. Suami cakap je nak makan apa. Haa kelam kabut la saya sediakan. Tidak sesekali saya cakap "Lain kali lah darling, malas laa".
Sesekali makan kat kedai apa salahnya.. hihi
Peaaaceeeeeee!!
Tq 4 reading my entry!
10 comments:
hee, wahh boleh masuk masterchef la ni akak.. :D dik pun suka memasak jgk, tp still learning,xdelaa sehebat akak..nnt boleh la akak share2 resepi masakan akak tu eyh..hee :D
Boleh la..akak pn ada jgk nak share cara memasak dgn cepat dan tangkas time kesuntukan masa.. tp meletopp..tggu entry akak pasal ni ek..
remy setuju....
biar tak pandai tapi rajin mencuba...pasti satu hari nanti berjaya juga.....
wahh .. mesti dah bertaraf 5 star :) ..usaha tangga kejayaan ...kalau rajin buat apa pon pasti berjaya
waaa....saya pon x pandai jugak...
tapi nasib baik boleh terselit masuk universiti...
Jom ke sini :
Bestt : monumen terbesar afrika
Update : Keretapi Ferrari
Menarik : Garaj Di Ruang Tamu Condo
Popular : Gua Ais Terbesar Dunia
Pelik : Ombak Membeku Secara Tiba-tiba
Seram : Kuasa Air Membelah Jalan
Confius : Tasik Garam Warna-warni
Meletup : Kolam Terapung Di Tingkat 24
Meriah : Studio animasi PIXAR
Mewah : Tower Bridge London Diciplak
Lawa : Eskalator Gergasi Di Spanyol
Dan Banyak lagi di Green Life..
Haa Remy, nanti cari isteri yang rajin tau..
Pada perkiraan saya, ada la 3 bintang je..kalau taraf 5 bintang tu saya tak buat blog macam ni kot. Dah buat blog pasal masakan dah. Chef Mieza berbelog..haha
Masa belajar kan memang la..asyik tumpu kat pelajaran je.. ke dapur langsung tidak..
*Best blog awak. Selalu jgk lepak ke sana
sangat setuju...apa guna kalau pandai tapi malas.....hehe...=D
Hai dik, alhamdulillah dh ble komen blog akak ek..tq2.. yap..adik nnti rajin2 tau bila dh jdi isteri..∩__∩
Post a Comment