Monday 25 March 2013

Bila Si Suami/Bapa Buat Onar

Assalamualaikum..


Saya sering tertanya-tanya dan rasa pelik bila melihat kasih sayang isteri yang cukup setia terhadap suaminya walaupun suami tersebut penagih dadah, pencuri, pembengis, tidak bertanggungjawab, malas bekerja dan sewaktu dengannya. Hmm.. mungkin lelaki tersebut dianugerahkan isteri yang baik untuk menyedarkannya. 

Namun, adakah kebaikan isteri itu sesuatu yang baik untuk dirinya, anak-anak serta orang kampung? Semua tahukan apa risikonya bila si penagih dadah ada dalam rumah kita? Pelbagai perkara boleh terjadi. Namun, bila suami ditangkap tak sampai seminggu si isteri pergi ke balai membawa wang jaminan agar suaminya dibebaskan. Walaupun itu dah masuk kali yang ke-10 lelaki tersebut ditangkap kerana mencuri dan pecah rumah. 

Sedangkan si anak pula sentiasa stress memikirkan keluarganya yang tidak sebahagia orang lain. Ada yang langsung tidak fokus pada pelajaran. Dan saya lihat, ada yang berada di alam fantasi. Dengan membayangkan keluarganya tersangat bahagia serta memiliki ayah yang baik. Sering bercerita dengan kawan-kawan tentang kebahagiaan keluarganya. Mungkin itu yang amat diimpikannya sehingga sanggup menipu kawan-kawan. 

Pada pendapat saya, daripada memiliki lelaki yang hanya menyusahkan hidup sendiri dan anak-anak.. lebih baik sekiranya dibiarkan saja dalam penjara. Dengan harapan, lama-kelamaan mungkin dia aka menyesal. Malah banyak ilmu yang akan dia peajari didalam penjara, bukannya meringkuk saja. Tiada guna ada suami disisi jika isteri yang terpaksa menanggung beban, malah sering dipukul dan sebagainya.





Thank you for reading my entry!

12 comments:

Unknown said...

Ya Allah mintak simpang dpt suami yg mcm tu...Sepatutnya suami la yang kena protect isteri kan, bukan pukul n membebankan isteri....haishh

iha said...

erm, berat jugak kan kes ni kak.. iha pernah handle kes2 macam ni sebelum ni.. kesimpulan yang iha boleh huraikan, semua ni terletak pada isteri.. cara anak berfikir, cara isteri menangani masalah, yang suami macam tu memang takleh nak kata apa la kan.. keputusan seorang isteri dan ibu tu mampu mengubah acuan keluarga..

p/s: haa kan dah cakap macam mak beranak dua iha ni, hehehe..

Khir Khalid said...

Sbg lelaki, suami & bapa.. saya pun x menyokong jenis lelaki yg spt ini. Secara x langsung suami mcm ni menganiaya pemberian Allah kpdnya. Mohon Allah lindungi kita dari perkara2 mcm ni. Tq sbb share.

Unknown said...

Akak selalu berdoa semoga dipertemukan suami yang baik..

Ni kisah benar kat kg akak tau..

Unknown said...

Betol tu Iha...disini mmg akak tekankan sikap isteri sebenarnya.. jgn kerana sayang, sanggup membiarkan suami buat hal..

Unknown said...

berat sungguh kepala ni hendak memikirkannya -_-

Unknown said...

Memang susah nak berubah..lagi2 klu dibiarkan saja..semoga rumah bapaku di kampung tidak dimasuki nya....

SAMA2..∩__∩

Unknown said...

Kalau tak pernah lalui memang rasa macam cerita kat tv kan...tp ia benar2 berlaku kat kg halaman akak..

Amin A. R said...

Betul la..biarkan je dalam penjara untuk dia berubah...

Unknown said...

Tu lah masalahnya bini plk nangis2 pergi berhutang sana sini untuk jamin suaminya..

Nur Nainis said...

Takutlah..Minta di jauhkan daripada mendapat jodoh yang sedemikian.

Unknown said...

Berdoalah selalu ye dik..∩__∩