Tuesday 26 March 2013

Horror Story

Assalamualaikum


Malam ni saya nak cerita sesuatu yang seram sikit supaya korang rasa menggigil tidur malam ni.. Haha.. Kisah ni terjadi masa saya masih lagi anak dara. Dan saya tidur sorang je dalam bilik. Pada suatu malam yang hening...

Masa tu dalam pukul 3 pagi.. sedang saya lena dibuai mimpi tiba-tiba saya terjaga. Saya ni kalau kaki tersentuh manusia sket pun saya terjaga dengan tersentapnya. Begitu juga dengan bunyi, walaupun bunyi tu halus je. Sunyi sepi..gelap gelita tanpa cahaya. Masa tu saya tidur mengiring ke kanan ditengah-tengah katil bersaiz king. Adakah saya bermimpi? Tadi macam kedengaran suara mendengus kat belakang.

Kaku tanpa bergerak dan pasang telinga kot-kot ada lagi bunyi tadi. Tiba-tiba terasa tilam kat belakang seperti ada orang yang sedang bergerak untuk bangun menghampiri tubuh saya. Macam nak tunjuk muka. *bayangkan cerita hantu Kak Limah. Berserta BUNYI MENGENGUS macam orang perempuan menghembuskan  nafas agak kasar. Sah-sah hantu kak limah! Adakah saya telah terpengaruh dan terbawa-bawa? Masalahnya citer hantu kak limah tak wujud lagi masa tu.

Dada saya mula berdegup kencang. Mulut hanya boleh sebut "Ya Allah.. Ya Allah.. Ya Allah" berpuluh kali dengan lajunya. Mata dipejam rapat-rapat. Masa tu memang boleh rasa yang benda tu dekat sangat macam nak menindih tubuh saya. Mulut berkumat kumit sebut "Ya Allah.. Ya Allah.. Ya Allah" semakin laju. Tak sempat dah nak baca doa-doa lain. Memang ketakutan tahap menggigil dah masa tu.

Beberapa saat kemudian rasa benda tu dah pergi. Hilang begitu saja. Mungkin dah lari melalui tingkap kat belakang saya tu. Saya tetap tidak bergerak dan selepas rasa lega sikit cepat-cepat baca ayat kursi pulak. Lepas tu tak rasa apa-apa dah. Memang dah lari la tu kot. Mujur boleh tidur balik sampai ke pagi.

Kalau saya berpaling nak tengok apa yang ada kat belakang tadi, gamaknya benda apa la ek? Takkan kucing pulak. Tak pernah-pernah ada kucing. Lagipun benda tu besar macam manusia. Bunyi mendengus tu paling takut. Macam cerita dalam tv pulak. Tu kali pertama dan terakhir saya dengar bunyi seram yang benar-benar wujud ditelinga saya. Grrr menakutkan!


Thank you for reading my entry!

11 comments:

Unknown said...

sangat2 menyeramkannnnn ^_^

Unknown said...

Xpernah alami ke Hasri? Kenapa la bleh datang tu..rasanya dah baca ayat kursi sebelum tido..

Unknown said...

pernah.. tp masa tido je la.. sebab masa tu amal lemah sikit kan.. jadi mudah la dia nak ganggu..

seharum kasturi said...

assalamualaikum ... pada satu malam , dlm 4 thn lepas , saya terjaga dari tido , saya nampak kepala perempuan sangat cantik dan rambut mengurai di atas tv di sebelah katil saya . masa pejamkan mata tuh , saya mmg pasti saya nampak . Bila buka mata , dah x de ...2 bln lepas terjaga dari tidur , saya nampak perempuan dok kat birai katil / sebelah kaki saya berkebaya putih dan rambut bersanggul juga berwarna putih . pas tu saya pejamkan mata dan teruskan tido ...

Unknown said...

Waaaaa lagi takuttt... seram... nmpak pulak tu..tak pernah tgk benda seram...

iha said...

erkk, iha baca entri ni waktu malam kak.. banyak kali gak ni toleh ke belakang, atut lak.. huhu..

iha said...

huwaa kisah ni lagi seremm.. ada gak yang terkencing dalam bilik jap lg ni.. haha..

Unknown said...

Haha...perasaan kita je..sbnrnya benda tu memang adaaaa...arrrr

Unknown said...

Klu kena kt akak mmg xtido dh bilik tu agaknya..

iha said...

waa seram ai yu.. ada gak yg tido dgn mak abah malam kang,. hahaha..

Nur Nainis said...

Huwaaaa..seramnya..