Sunday, 17 March 2013

Jus Delima : Ingat Sebelum Kena

Assalamualaikum.

Hai bloggers.




Pernah minum jus delima? Saya selalu singgah kat Kedai Air Gelas Besar setiap kali balik dari UITM Dungun. Tu bukan nama kedai ek, itu hanyalah panggilan saja sebab kedai tu jual perbagai jus buah dalam gelas besar. Kalau nak minum 1 liter pun boleh *sampai terkencing kat situ. Macam-macam ada, nak jus apa? tembikai, buah naga, cempedak, nangka, rambutan, timun susu... Kalau tengok kat menu lagi fening. Tak tau mana nak pilih, semua beshhh. Biasanya saya bungkus air dragon setengah liter . Balik tambah air pulak kat rumah sebab pekat dan manis sangat. Huuh memang besstt! *Gambars upload kemudian.

Sekarang ni pulak berlambak produk-produk berasaskan jus delima dijual sebagai makanan tambahan untuk kesihatan.

Kajian menunjukkan, minum lapan auns jus delima setiap hari selama tiga bulan atau lebih boleh
- Merendahkan paras tekanan darah sistolik.
- Mengurangkan bahaya kolestrol LDL di dalam darah.
- Mengurangkan ketebalan arteri yang memebekalkan darah ke otak.
- Memperbaiki aliran darah ke jantung bagi pesakit arteri koronori.

Tapi.... Ingat Sebelum Kena!

Jus delima diakui baik untuk kesihatan. Namun dalam sesetengah keadaan, kita perlu waspada. Sebelum mula mengambil jus delima, elok dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Ini kerana minum jus delima secara berlebihan boleh mengganggu kesan ubat-ubatan bagi sesetengah penyakit dan pesakit.


Thanks 4 reading my entry!

16 comments:

Amin A. R said...

saya belum pernah rasa air jus delima..buah delima pun tak pernah tengok :D

Unknown said...

Alaahai...awak tinggal kat mana? -_-!
Sy pn baru bleh merasa jgk...dulu kt kg susah nk cari buah ni..

Unknown said...

lama xminum jus delima ni akak,selalu makan buah die je... tiba2 teringin pulak nak minum jus ni..hehe..

Unknown said...

thanks for info...remy minum seminggu sekali jer...blk sebahyang jumaat...beli kat pusat islam tu...buat bekalan sebelum sampai opis.....he3

seharum kasturi said...

assalamualaikum ... baru tau . akak saya amalkan minum jus delima sbb kencing manis yg serius ... tqvm for sharing

Hans Hanis said...

suka makan buah delima
jus dia xpernah minum lagi
hehehe

jeBateja said...

kawe baru taw ni.....ingatkan tak de implikasi....ahakz

Unknown said...

Klu dtg dungun nnti akak belanja jus delima gelas besar ek.. kita minun 1liter.. hehe

Unknown said...

Hmm baik utk kesihatan.. bagus remy ni..

Unknown said...

Waalaikummussalm.. byk produk jus delima kn sekarang? Tp dptkn nasihat doktor dulu ye..

Unknown said...

Buah pn teramat baik utk kesihatan..terutama ibu mengndung, klu nk anak yg pintar..

Unknown said...

Ada baik ada jgk implikasinya..

iha said...

oo gitu ke.. kalau pesakit ambik jus delima banyak2 tanpa ambik sebarang ubat kira boleh la ek? kalau boleh ai terai, hehe..

Unknown said...

InsyaAllah boleh..

Bin Muhammad said...

Salam,
Tidak kiralah buah apa pun, pengambilannya pastikan jumlah yg berpatutan...Jika berlebihan pasti ianya akan memudharatkan. Sebab itu Rasulullah mengunjurkan...berhenti makan sblm kenyang. Wallahualam...

Unknown said...

Waalaikummussalam..haa benar sgt tu.. anggur pn sama..bahaya utk org kencing manis..Thanks sudi berkongsi pndapat..