Assalamualaikum
Hmm terlentang atas katil sajalah seharian sejak dari pagi. Tiba tiba diserang kelesuan, sakit tekak yang disertai dengan sakit kepala sebagai bonus. Peritnya bila sesekali terasa sakit kan? Hilang nikmat dunia sementara termasuklah berblogging.
Tapi dalam masa tak sihat pun sempat lagi blogwalking tau. Kalau nampak ada komen saya tu sila hargailah ye. Jarang ada orang sakit pergi jalan jalan rumah orang ni melainkan dilawati oleh yang sihat.
Hmm memang betol betol perit la bila tekak tak boleh nak menelan air liur dengan baik. Mungkin sebab kekurangan air semenjak dua menjak ni. Tu lah bila dah jadi macam ni minum air banyak banyak pun tak berkesan dah. Sebab tu penyakit ni kena cegah sebelum kena.
Sebenarnya sakit yang sedikit ni ada hikmah juga yang tesembunyi. Sebab tu, bila kita sakit maka kita perlu sentiasa ingat bahawa ada yang tersirat disebalik sakit yang datang itu. Selain dari Allah nak menghapuskan dosa, sakit juga adalah peringatan yang datang daripada Allah kepada kita.
Pernah diriwayatkan Rasulullah menjenguk Salman al-Fahrisi yang tengah berbaring sakit. Rasulullah bersabda. “Sesungguhnya ada tiga pahala yang menjadi kepunyaanmu dikala sakit. Engkau sedang mendapat peringatan dari Allah SWT, doamu dikabulkan-Nya, dan penyakit yang menimpamu akan menghapuskan dosa-dosamu.”
Rasulullah pun melarang untuk mencela penyakit. Ketika Ummu Saib sakit demam dan mencela penyakit yang menimpanya, Nabi bersabda. “Janganlah kamu mencela demam. Karana sesungguhnya demam itu mengikis kesalahan anak cucu Adam sebagaimana bara api mengikis keburukan besi.” (HR. Muslim)
Tq 4 reading my entry!
18 comments:
sakit penghapus dosa..
nory pon mcm nak demam je ni..
musim penyakit skrg ni..
semoga cepat sembuh :)
Hujan panas hujan panas ni kan..kena hati hati lah.. dan banyakkan minum air masak
Thanks visit my blog..
Thanks.. dah semakin ok nampaknya ni berkat doa kawan2 semua
Thanks sudi datang ke sini balik..
semoga cepat sembuh .. sakit itu sebagai kafarah dosa kita :)
Terima kasih awak.. semoga2 dosa2 lepas sy berkurang.. .~>_<~
betul tu kak....penyakit tu penyembuh dosa...semoga akak cepat sembuh....=D
get well soon sis! sangat menghargai komen akak, dalam sakit2 sempat jgk bw n komen eyh..heee....jaga diri n jgn lupa makan ubat tau akak! <3
Tq2.. terbaring saja mata berkelip kelip mmg xbest..blogwalking pakai nset jee senang.. tu lah..ubat mmg mengjengkelkn..hmm ╮(╯▽╰)╭
moga ALLAH kurniakan nikmat kesembuhan buat diri :)
teringat pulak kat ustaz saya. Dia kalau demam memang mati2 mintak taknak sembuh. Sebab dia faham benar nikmat yang ALLAH kurniakan untuk orang2 sakit.. Tapi dalam sakit2 dia tu. Boleh pulak g mengajar.
Rindu la pulak kat ustaz T_T
Terima kasih Hasri.. Ya Allah, sampai ada org yg minta supaya lmbat sembuh.. kita pula sakit sikit dh merungut..
Hai dik, dah boleh komen blog akak ek.. terima kasih..
hope cepat sembuh..cari penawar atas kesakitan tu..mmg ade hikmah setiap kesakitan yg diberikan
Thanks awak.. hikmahnya saya xboleh mghadap laptop lama2.. haha
Betul kak..Sakit menghapuskan dosa-dosa kecil. Memang saya pun tak tahan kalau sakit tekak, sakit kepala..alahai. sengsaranya lah..Padahal baru kecil kan kak..mengada je saya ni.
AKak jarang jatuh sakit..bila terkena rasa perit sgt..klu sakit berat xtau la mcm mana..
Moga cepat sembuh..
Thanks...alhamdulillah sy dh sembuh..
Post a Comment