Tuesday 16 April 2013

Mengenalpasti Jenis Kulit Muka

Assalamualaikum

Jom kenalpasti jenis kulit muka anda dengan menjawab soalan-soalan dibawah:



Soalan 1

Bagaimana keadaan kulit muka anda sesudah menggunakan pembersih 
muka dan air
a.  Tegang, terasa kulit anda terlalu kecil untuk wajah anda
b.  Licin dan selesa
c.  Kering dan gatal di sesetengah tempat
d.  Tiada komplen dan terasa sangat selesa
e.  Kering di sesetengah tempat dan selebihnya licin

Soalan 2

Bagaimana keadaan muka anda sesudah menggunakan krim pencuci muka?
a. Secara umumnya, selesa
b.  Licin dan selesa
c.  kadang-kadang selesa, kadang-kadang   terasa gatal
d.  Sangat berminyak
e.  Berminyak di setengah tempat dan licin   selebihnya

Soalan 3

Bagaimana kulit anda kelihatan menjelang tengahari?
a.  Kelihatan kulit seperti bertompok- tompok
b.  Segar dan licin
c.  Kulit bertompok-tompok dan sedikit  kemerah-merahan
d.  Berkilat (berminyak)
e.  Berkilat di zon T

Soalan 4

Berapa kali kulit wajah anda ditumbuhi jerawat ?
a.  Sangat jarang
b.  Kadang-kadang, terutama bila sebelum   atau   semasa menstruasi
c.  Kadang-kadang
d.  Selalu
e.  Selalu. Teruatama di zon T

Soalan 5

Bagaimana rasa kulit anda apabila mengenakan penyegar ?
a. Terasa perit
b. Tiada masalah
c. Terasa perit dan gatal
d. Terasa lebih segar
e. Terasa segar tetapi perit di sesetengah kawasan wajah

Soalan 6

Bagaimana tindakbalas kulit anda terhadap pelembap malam yang berkrim ?
a. Sangat selesa
b. Selesa
c. Kadang-kadang selesa, ada masa terasa perit
d. Kulit menjadi terlalu berminyak
e. Berminyak di zon T, tetapi selesa di bahagian pipi


JAWAPANNYA

Kebanyakan jawapan “a” – kulit anda kering
Kebanyakan jawapan “b” – kulit anda normal
Kebanyakan jawapan “c” – kulit anda sensitif
Kebanyakan jawapan “d” – kulit anda berminyak
Kebanyakan jawapan “e” – kulit anda kombinasi


Apa jawapan anda? Kering, normal, sensitif, berminyak atau kombinasi? Tahniah, jika kebanyakan jawapan anda ialah 'b'!



Thank you for reading my entry!

12 comments:

Akupenghibur.com said...

oppss tak tahu semua nie hehehe :) kena bagi booklet jawapan untuk acik jawab semua persoalan nie 390 patah perkataan heheehe (gurau)

Unknown said...

tak tahu la nak bagi jawapan apa ^__^

BinMuhammad said...

Kulit ku gelap...hehe
Dah macam blog kecantikan le pulok. Patut le Mieza ni kekal cantik jelita, mcm remaja...(jgn terlebih perasan ye)

bicara mak dara said...

wahhh nak kena buat survey ni jap lagi hehe

Unknown said...

Haha...wifi hbis quota plk smlm....tu diam jee..

Unknown said...

Hasri xperlu la kot...kulit cantik dah..hahaha

Unknown said...

Haha...saya dh perasan..dah perasannn...~>_<~

Unknown said...

Hehe

Nur Nainis said...

Ermmm...saya tak guna krim malam pula dah..hehe..Akak bagilah tips yang biasa akak guna. Kulit akak cantik..hehe.

Unknown said...

Hehe...akak xsuka krim malam... suka pakai pelindung UV ngn lipstik je..klu rajin pkai eyes liner sket... wajib kena pakai pembersih muka...seminggu sekali skrub dan masker telur..hehe tujee...

Unknown said...

kulit kelam ikut mood.......he3

fatimah said...

Wow.. Perkongsian yg sgt bermanfaat..

Tip Kecantikan Tanpa Kesan Sampingan