Assalamualaikum
Sejak kecil lagi saya dihidangkan dengan orang-orang yang busuk hati. Ini membuatkan saya mempelajari sesuatu dari mereka iaitu jangan terlalu jaga tepi kain orang. Jika kita tak suka apa yang mereka kata, begitu juga orang lain. Sejauh mungkin elakkan dari jadi seperti mereka yang tak pernah berubah. Jaga tepi kain itu jika kena caranya, memang perlu. Tapi jika dah sampai merosakkan hubungan silaturrahim, ia dah melampau. Kalau ada penyakit macam ni dalam hati, cepat-cepatlah berubah dan ubati sebelum ia melarat lalu menjadi orang yang dibenci atau dimusuhi.
Jangan Terlalu Banyak Bicara.
Terlalu banyak cakap boleh buat hati kita jadi keras. Cukuplah bercakap sekadar perkara yang penting, dan kurangkan bercakap perkara yang tidak penting. Hindari dari menjadi orang yang bercakap besar, bergosip, dan mengata.
Jaga Emosi dan Nafsu
Emosi dan nafsu buat hidup kita tak tenang. Oleh itu sebaik-baiknya kita harus menjaga hati agar tidak menjurus kepada penyakit hati serta melebihkan nafsu. Manusia ni ada banyak nafsu yang perlu ditundukkan seperti nafsu makan, pangkat, marah, harta dan banyak lagi. Salah satu cara untuk melatih emosi dan nafsu kita adalah dengan melakukan ibadah puasa.
Selalu Mengingati Allah S.W.T.
Rajin bersolat baik solat wajib 5 waktu, solat tahajud, solat dhuha, dan lain-lain. Selain itu berzikir, berdoa dan membaca Al-Quran juga dapat menghindarkan diri kita dari penyakit hati.
Jangan Bergaul Dengan Orang Yang Busuk Hati.
Pandai-pandailah memilih kawan. Elakkan berkawan dengan orang yang ada penyakit hati kerana ia akan lebih memburukkan sifat kita dan menjauhkan kita dari Allah S.W.T.
Thank you for reading my entry!
No comments:
Post a Comment