Tuesday 30 July 2013

Jangan Boros Menjelang Raya.

Assalamulaikum.. Dekat-dekat raya ni banyak diskaun sana-sini, buat orang perempuan tak tentu arah. Mata melilau-lilau je bila berjalan buat si lelaki gundah-gulana. Dalam fikiran perempuan bila musim perayaan tiba, mesti banyak benda nak tukar baru. Perabot, karpet, langsir, cat.. semua nak kelihatan baru. Jangan beria-ria sangat. Gantikan yang mana perlu dan nampak lusuh sahaja.


Selalunya pembelian yang dibuat didorong oleh naluri. Cuba elakkan daripada membuat pembelian secara spontan ketika membeli-belah. Walaupun terdapat barangan yang nampak menarik di mata, fikirkan secara mendalam sama ada kita benar-benar memerlukannya sebelum membuat keputusan untuk membeli.

Cara terbaik, rancang keperluan dengan membuat senarai barangan yang diperlukan sesuai dengan bajet perbelanjaan. Senarai barangan ni penting bagi memudahkan urusan pembelian ketika berbelanja di pusat membeli belah. Selain menjimatkan masa, ia juga boleh mengelakkan daripada membeli barangan yang tidak diperlukan.

~ Baru raya Mr.K tak beli lagi.. isteri dah cukup lengkap dengan beg baru, kasut baru, baju baru.. Amboiii!

Thanks for reading..

No comments: