Kembali kepada tajuk utama, di sini saya nak minta maaf jika saya tidak lagi aktif dan friendly macam dulu. Ada kawan-kawan blogger yang tak sempat saya jenguk. Harap janganlah berkecil hati sebab masa saya untuk blog amatlah singkat. Tu pun ketika sedang berlari atas treadmill. Mujur tak jatuh lintang pukang! Tak pun tengah bergetar atas Ez-Tone Ogawa. Seksa jugak tu nak membaca, sampai berpinar mata. Tapi best jugak, sebab tak sedar dah 10minit berlari dengan laju. Blogwalking Mempercepatkan Masa Bersenam! Yeahh.
Ehh, sibuk pun sempat lagi pergi gym? Saya jenis suka rehatkan otak bila bekerja penat. Nanti kalau tak stabil mudah nak kena penyakit otak. Bahaya tu. Kena jugak release tension, jangan asyik bekerja saja. Haha..release tension dengan cara workout yang berat? Padahal kerja dah penat kot, dah beratus kalori terbakar setiap hari. Ada pelbagai cara ye, shopping pun bagus juga. Atas individu nak pilih cara bagaimana untuk melepaskan segala kepenatan.
Jika saya tidak sempat update blog..
Sudi-sudilah untuk menyelongkar blog yang penuh liku-liku kehidupan ni. Banyak entri best di dalamnya yang boleh buat anda sedih, ketawa, dan terpegun. Ada banyak lagi yang saya belum kongsikan dengan anda semua, tentang pahit manis kehidupan seorang blogger yang luarannya amatlah ceria. Namun disebalik keceriaan ini, pernah tercalit pelbagai kepahitan. Namun sayang, ada banyak yang terpaksa saya pendamkan saja. Cerita separuh-separuh dah ler.. tu pun dah terkejutkan?
Jom baca entri best saya kat bawah ni..
Kisah CINTA.
Kalau bab cinta, entri meletop-letopnya ialah Petanda Jodoh Kau Milikku. Sejak ia dipublishkan pada 13 Mac 2013, entri ini tidak putus-putus memberi traffik yang tinggi setiap hari.
Menceritakan saat pertemuan saya dengan Mr.K yang berlaku pada tahun 2009. Tahun yang penuh pancaroba sebagai budak remaja yang baru melangkah ke alam dewasa. Tahun 2009 juga mengajar saya erti cinta sebenar, kesabaran, membuat keputusan sendiri, dan mendekatkan saya kepada Allah S.W.T. Semenjak dari itu saya belajar untuk terima takdir dan percaya bahawa Allah sudah tentukan jalan yang terbaik untuk saya lalui.
Kisah Sedih.
Entri ni saya sendiri tak boleh baca. Sebab laju je air mata mengalir keluar bila dikenangkan balik.
Kakak Dimadukan, Adik Menangis Tersedu, entri tentang kesedihan saya bila mendapat tahu kakak kesayangan telah dimadukan abang ipar yang memang saya puji kebaikannya. Dan perkara ini tidak dijangka sama sekali. Ia menjadi satu kesakitan yang teramat bila mengenangkan kehidupan kakak yang selama ini penuh liku kehidupan bersama suami tercinta. Bermula dari hidup yang teramat susah dan miskin, sehinggalah abang ipar berjaya dalam dunia perniagaan. Kakak setia mengikut kemana saja hala tuju suami dan menjadi isteri yang terbaik. Namun ujian baginya tidak berhenti disitu bila mereka diuji dengan kehadiran orang ketiga. Jom baca kisah ini..
Terjerat Dengan Sugar Daddy.
Dah baca pengalaman saya yang pernah terjerat dengan Sugar Daddy? Tahukan apa itu sugar daddy? Hehe..
Menceritakan bagaimana permulaan saya kenal apa itu 'Sugar Daddy' dan kawan-kawan yang sudah terjebak dengan taburan wang 'Sugar Daddy'. Tidak pernah terfikir sekalipun yang saya akan mengalami perkara yang sama. Sebagai pengajaran dan pengalaman berguna untuk anak-anak kelak. Jom ikuti kisahnya..
Hampir menjadi mangsa ROGOL!
Ini pengalaman saya sendiri yang menyebabkan saya fobia dan membenci lelaki sewaktu ketika dulu. Pengalaman hampir dirogol di ladang getah!
Jom baca kisah cemas ni..
~Ada banyak lagi kisah-kisah menarik, namun masa tidak mengizinkan untuk saya menulis panjang lebar. Jumpa petang karang kat gym ye. Hehehe..
Thanks for reading..
No comments:
Post a Comment