Wednesday, 26 February 2014

Teringin nak belajar karate

Assalamualaikum..

Bila terbayang rompakan atau kena ragut, terus imaginasi ala-ala citer hindustan tu bermain depan mata. Kononnya perompak tu semua habis kena karate, ikat-ikat dan lepas tu panggil polis suruh sapu bersih. Tak pun kalau kena ragut kat Bandar Dungun tu, saya hayunkan kaki biar kena batang tengkuk tu. Pengsan terus! Tu kiranya angan-angan ala-ala terpengaruh dengan citer hindustan la. Tapi kalau kena kat alam realiti, ambik kau! Tengok saja la kot terkelip-kelip. Kaki pun kaku je sebab terkejut.

Dulu zaman belajar ada jugak belajar silat dengan tae kwon do, tapi sekerat jalan je. Belajar setakat asas cara mengelak dari diserang. Bab-bab nak serang orang tak sempat belajar lagi. Pastu sekarang bila rompakan dan kes ragut berleluasa kat Pantai Timur ni, mulalah takut nak keluar rumah. Duduk kat rumah pun takut jugak. Sentiasa berhati-hati setiap masa.

Terbaru kes pecah cermin kereta depan Nirvana. Erkk tempat orang ramai pun sempat lagi menyamun. Kalau kena kat saya, parah! Cermin lagi kena ganti. Tapi biasanya saya tak tinggalkan barang dalam kereta seperti beg atau laptop. Kalau nak tinggal barang jugak sembunyikan kat mana-mana tempat yang orang luar tak nampak.

Sekarang teringin nak sambung belajar lagi ilmu mempertahankan diri ni. Tapi mampu belajar guna you tube je.. dan cuba buat kat rumah ala-ala Goku. Goku pulak! Haha

Ni teknik yang saya tengah belajar sekarang. Sekali kena libas ni memang sebulan mutar itik lagi kot..pening-pening lalat.



Kalau kat Dungun ada tempat belajar tae kwon do, memang saya dah join kot.

1 comment:

Vaughn Boyd said...

Good reading your post