Tuesday, 11 March 2014
Jadi pakar motivasi pulak
Assalamualaikum.. Alhamdulillah ada hikmah atas segala apa yang dialami. Bukan saja-saja kita diduga dengan sesuatu..pasti ada kelebihan untuk kita kelak. Tengok, saya dah boleh jadi pakar motivasi pulak dah. Mampu menunjukkan ketabahan, kegembiraan, dan terima sahaja ketentuan Allah sehingga orang lain turut termotivasi.
Kawan saya senasib dengan saya. Sudah 4 tahun berkahwin, tetapi belum ada cahaya mata. Cuma saya baru 3 tahun dan kesengsaraan beliau lebih banyak lagi. Ditambah pulak dengan sikap rakan sekerja yang suka mengejek. Adoii macam-macam manusia ni. Menangis sajalah beliau mengenangkan nasib diri.
Ketika dia datang mengadu, saya tahu dia amat memerlukan kekuatan dan semangat untuk menghadapi hari mendatang. Sudah dapat mengagak apa yang buat fikiran dia berkecamuk sehingga menangis setiap hari. Ya Allah kesiannya, terus hati ini dapat semangat untuk buat dirinya gembira.
Beliau berkahwin dengan anak sulung, macam saya jugak. Of course la mak mertua teringin nakkan cucu. Berkahwin dengan lelaki yang muda setahun darinya serta tinggal berjauhan. Seorang di Utara, seorang di Timur. Boleh jumpa sebulan sekali je. Saya fikir itu sebab utama kepada dia rasa amat tertekan.
Sambil buat kek, saya memulaka bicara sambil kadang-kadang memandang beliau. Bicara saya lebih kepada situasi ceria. Taknak dia menangis dan beremosi.
"Dugaan kita tersangat kecil.. dapat mak mertua baik, suami baik, kewangan cukup, hidup selesa. Semua Allah dah bagi kat kita..cuma satu je Allah lambatkan sikit pemberian yang kita minta, iaitu anak. Ada orang dapat anak setiap tahun berderet-deret, tetapi hidup dihina mak mertua, suami berkahwin lain, tiada sumber pendapatan sendiri melainkan dari suami dan terpaksa bermadu walaupun hati sakit. Tak sanggup nak tinggalkan anak yang ramai dan terpaksa lalui kehidupan begitu sampai anak-anak besar. Jika dia bersabar dengan dugaan tu, InsyaAllah suatu hari kebahagiaan akan muncul jugak. Tidak di dunia, di akhirat kelak.
Tu salah satu contoh. Ada banyak lagi orang yang lebih sengsara dari kita. Gunakan masa kita yang ada sementara tiada anak ni untuk enjoy dulu. Boleh bercuti sana sini, boleh berniaga, oleh sambung belajar, macam-macam lagi. Ada anak pun boleh buat semua tu, cuma terbatas kerana tanggungjawab terhadap anak. Semuanya ada hikmah.
Allah dah tetapkan yang terbaik dalam hidup kita. Jadi bersyukurlah atas apa yang kita ada sekarang. Lalui hari-hari kita dengan gembira, dan tak perlu bersedih. Suami mungkin tak suka tengok kita bersedih. Kan baik kalau kita sentiasa gembira dan berbahagia disisi suami tercinta.
Yang penting, jangan buat kedut-kedut bermaharajalela atas muka kita ni..hahaha."
Panjang lebar saya bagi motivasi.. Akhirnya dia tersenyum gembira dengan perasaan yang sangat lega. Walaupun motivasi tu agak poyo..hahaha
*Jadi pakar motivasi pula.. dulu jadi bidan terjun.. Apa saja boleh!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment