Monday 29 September 2014

Soalan sweet dari Perdu Cinta.

Assalamualaikum.. Semalam tahap kerajinan agak tinggi, menjelajah blog-blog rakan. Kemudian sampai ke blog Perdu Cinta. Alangkah terkejutnya kerana blog saya di tag.. dan macam ada bau pulak hinggakan saya sampai kesana semalam..hehe

Mungkin ini adalah sebuah peraduan, namun saya lebih berminat untuk menjawa soalan dari Perdu Cinta tanpa men'tag' sesiapa.. hehe

11 soalan sweet yang harus dijawab.. dan disertakan sekali jawapannya.

1.Sekirannya anda bersedih siapa menjadi yang pertama tempat meluah rasa?
Bila bersedih masa tu la saya ingat Allah. Sebab tu kadang-kadang saya rindukan dugaan-dugaan dari Allah..sebab masa tu mulut hanya menyebut Allah untuk tenangkan diri. Air mata menitis setiap kali berdoa. Masa tu saya memohon ampun dari Allah semoga segala dosa-dosa saya diampunkan.
2.Apakah perkataan pertama terucap usai buka mata sedar dari lena? 
Alhamdulillah.. syukur kerana pagi ini aku masih hidup. Syukur kerana aku masih dikelilingi oleh orang-orang yang aku sayang.
3.Difinisi cinta dan sayang anda?
Mungkin.. Cinta Tak Semestinya Memiliki.. ehh ni tajuk entry saya yang lepas..hehe
4.Tatkala ditimpa musibah apa ungkapan indah diharapkan dari insan tersayang?
Kadang-kadang saya tak perlukan ungkapan. Cukup dia memandang saya dengan wajah yang menenangkan. Alhamdulillah segalanya hilang bagaikan disapu angin.

5.Pernah terfikir tak nak menjadi da'i?
Wahh besar sungguh impian ini.. membawa orang lain untuk memperjuangkan agama. Sesungguhnya saya perlu menambah lebih banyak ilmu. 
6.Dah ada akaun Tabung Haji..simpanan atau daftar menjadi calon juga?
Sudah ada dan sudah lama menyimpan di Tabung Haji.
7.Pernah sakit gigi?
Pernah sakit gigi sehingga kepala terasa sakit dan pusing. Otak juga sudah tidak mampu berfikir  dengan waras lagi. 
8.Antara kecantikan rupa paras dan kecomelan akhlak,,mana lebih menjadi pilihan?
Bila akhlak comel sekaligus kita juga menjadi cantik.. 
9.Espresi muka bila kena perli?
Lebih baik diam dan senyum saja. Mata memandang ke bawah..
10.Syampu yang sering digunakan?
Syampu yang suami belikan. Saya pun tak pasti jenama apa. Hahaha
11.Siapa yang akan anda selamatkan jika 2 insan tersayang sedang lemas?
Berusaha untuk selamatkan keduanya. Jika salah seorang je selamat, pasrah sajalah.. 

Ok done.. Saya suka jawab soalan-soalan dari blog Perdu Cinta ni.. dan saya juga suka pemilik blog Perdu Cinta yang terasa dekat di hati.

No comments: