Assalamualaikum
Di usia yang semakin menghampiri 30 tahun beberapa tahun lagi, buat saya tercari-cari kalau-kalau kulit muka saya sudah menunjukkan adanya kedut. Bagaimanakah rupa saya dengan kedut seribu di wajah? Sesiapa pun akan mengalami hari tua dengan wajah yang berkedut. Apakah punca kulit berkedut dan kendur?
1. Faktor Usia
Apabila usia semakin meningkat, paras hormon dalam badan akan berkurangan. Bagi wanita yang telah menopous, hormon estrogen yang berperanan penting dalam penghasilan kologen akan berkurangan dan menyebabkan kulit hilang keanjalan. Sel-sel di dalam badan juga kurang aktif
2. Graviti
Daya tarikan graviti yang menarik semua objek ke bumi mempunyai kesan yang sama terhadap kulit kita.
3. Pancaran Matahari
Sinaran matahari yang kuat boleh menyebabkan kulit cepat berkedut dan kendur melalui proses pengoksidaan.
4. Kekurangan Air
Sekiranya kulit mengalami dehidrasi kerana kekurangan air, kulit akan kendur dan berkedut.
5. Kurang Vitamin
Kulit memerlukan vitamin A dan C untuk menghasilkan kologen. Oleh yang demikian, kekurangan vitamin A dan C boleh menyebabkan kulit kendur dan berkedut.
6. Tabiat Berulang
Sekiranya kita suka tidur di sebelah tertentu, garis-garis kedut akan mula terbentuk pada sebelah muka yang terhimpit. Sekiranya seseorang itu suka mengerutkan dahi, garis-garis kedut akan mula terbentuk pada dahi.
Pasti anda terfikir bagaimana cara untuk melambatkan proses penuaan tersebut? Kalau cara mudah memang berlambak kat pasaran sekarang. Namun kesan jangka panjangnya pasti ada.
- Gunakan krim pelindung matahari sekurang-kurangnya SPF 35-50 setiap hari untuk mengelakkan daripada pancaran matahari yang melampau.
- Pastikan pengambilan air yang mencukupi untuk mengelakkan dihidrasi.
- Amalkan pengambilan sayur dan buah-buahan yang mengandungi pelbagai vitamin. Di sampin itu, pengambilan vitamin A, C dan E melalui suplemen adalah digalakkan.
- Gunalah set penjagaan muka yang mengandungi vitamin A, C atau stem cell dan growth factor. Pastikan kulit muka tidak kering dan selalulah memakai krim pelembap muka.
Akhirnya, tiada apa yang boleh menandingi kuasa senyuman dan keceriaan setiap masa. Elakkan stress berpanjangan dan sifat iri hati serta amarah. Senyummmm... :)
21 comments:
Senyum boleh tegangkan kulit..mari senyum..hehe
senyum untuk nampakkan wajah yg tenang dan ceria sentiasa..
wudhu' untuk penambah seri pada wajah..
solat untuk mengekalkan kecantikan baik pada rohani atau lahiriah..
saya pernah jumpa pakcik yg umurnya dah lebih 70 tahun..mula2 jumpa tu ingatkan umurnya dalam lingkungan 35-40tahun camtu.. rupa2nya tua lagi dari atuk saya.. saya pun ta'aruf(berkenalan) la dengan dia.. Lepas tu, dia bagi la tips tu.. dia cakap yg penting adalah taat perintah ALLAH SWT ikut cara Nabi SAW.. biar tak cantik luaran asalkan indah dalamannya.. ^_^V
mieza yg cun, hehe produk ape yg elok utk sunblock eh.. huhu sj nk mtk pdpt, sbb xtau yg mane oke..
Yee mari kita senyum dan ketawa all time.. :) :)
Tepat sekali Hasri.. Terima kasih sudi berkongsi ilmu.. :)
Kalau sunblock kat watson pn kebanyakannya ok..tp tgk atas kulit jgk..ada yg tidak sesuai..sy guna sunblock V-Asia.. Selain melindungi kulit ia juga menggebukan.. fungsi mcm foundation jgk..sesuai la utk org xsuka pakai bedak mcm sy ni..hehe
skrg hangat d pasaran dgn PMC.., rajin senaman terutama bhg muka dgn kunyah yg menyihatkan...klu mkn kunyah 40x baru telan makanan ikut sunnah nabi . tu yg sy buat.
Bagus tips tu.. tp klu bab kunyahan, cukup 40x makanan pn dah habis tertelan..
senyum tak perlu kata apa apa.. ececeh mak nyanyi plk kat sini hehehe
yg model bawah sekali menawann dan berseri seri sangat dengan senyuman yg manis, keep smiling my lovely sis! heheh :D
Jom mak kita nyanyi sama2..
Model tgh melompat kt gigi pantai bsama adik ipaq nyer...∩__∩
Suka ayat yang last sekali, senyummm.. dah la kalau senyum nampak cantik, boleh dapat pahala pulak tu.. sambil menaip ni iha dok senyum depan netbook lagi, nampak kan betapa parahnya sifatku disitu.. :D
Haha...parah2..tp membawa kpada pahala jgk tu..senyum kt netbook..
nie lisa suraini ke ? hehehe jom senyum bersama aku penghibur
Haha..pasni nk menyamar jadi era fazira pulak..
eh lawa tu kak.. tak berkedut pon. hehehe.... Semoga kak mieza kekal awet muda.. :-)
pancaran matahari pun salah satu sebabnya juga ye??
Sekarang xder kedut lg..tp kdg2 belek juga..kot dh berubah rupa..╮(╯▽╰)╭
Of course la Abg Boni Kaccccak...Cahaya matahari skrg amat tidak sesuai dgn kulit..panas smcm..
thanks for info..... satu lagi....kena redha seadanya........ tak mau stress...nanti kedut timbul....he3
Post a Comment