Assalamualaikum
Saya amat terharu dengan keadaan ini dan teringin nak update entry berkaitan dengan apa yang telah berlaku di depan mata saya. Meninggalkan anak yang masih kecil dan suami semata-mata kerana kerjaya dengan gaji yang tidak seberapa. Suami juga bekerja, malah masih berkemampuan untuk menampung anak serta isteri sebelum ni. Tetapi kerana tawaran kerja dari syarikat kerajaan, buat si isteri berasa rugi jika ilmunya tidak dipraktikkan.
Samaada telah mendapat izin suami atau dengan berat hati suami terpaksa izinkan, dia pergi meninggalkan anak yang masih kecil dan memerlukan kasih sayang seorang ibu. Bukan calang-calang jauhnya walaupun balik seminggu sekali. 6 jam perjalanan pergi dan balik berkos RM100 untuk tiket sahaja. Bayangkan kalau gaji RM1500 contohnya. Belanja tiket sebulan dah RM400, rumah sewa lagi, makan minum.. tinggal berapa la sangat bakinya. Berbaloikah?
Mungkin pendapat mereka berbeza. Tapi bagi saya, tidak sesekali saya meninggalkan suami dan anak semata-mata kerana kerjaya. Biarlah susah, asalkan susah bersama. Jangan senang, tetapi kasih sayang hilang. Duit dan harta jika dikejar ia tetap tidak cukup.
Thank you for reading my entry!
15 comments:
bab ni yg best sangat ^^
teringat pulak dekat ustaz saya masa dia bagi kuliah dulu.. dia cakap; "kalau kamu dah kahwin nanti, jangan izinkan isteri kamu g cari kerja. Suruh duduk rumah je. Lebih banyak keburukannya daripada kebaikan kalau kamu izinkan mereka bekerja."
Muka pelajar perempuan masa tu memang muncung semua la. Ye la, dah belajar penat2 takkan nak suruh duduk rumah je. Semua tunjukkan muka tak puas hati.
Pastu ustaz tu sambung lagi; "jangan kahwin dengan wanita yg ada kat dalam kuliah ni. Nampak sangat mereka akan lawan cakap suami."
~lama dah rasanya tak ikut kuliah agama...
Terima sudi kongsi HAsri.. Akak dulu pun belajar tinggi2 jgk, namun cita2 nak jadi surirumah.. lucu tak? Mungkin orang kata pemalas, tp akak ada alasan sendiri.. Syukur alhamdulillah suami akak suruh duk rumah je lepas kawin.. hehe..cita2 dah tercapai..
Alhamdulillah.. tinggi cita2 tu.. bukan mudah nak jadi surirumah walaupun kerjanya hanya di rumah..
setuju sgt dgn akak....nnt kalo anie dh kawen, nak berkepit je gan somi,hehee...alamak tiba2 gatai nak kawen pulop.hihihih :D
Dah ada angan2 tu bagus la tu.. hihi
wuaaa... jgn lah tinggalkan lelaki yg berjiwa halus spt eden ni.. ;p
Hmm klu lah semua wanita memahami jiwa lelaki, mereka tak akan tinggal..
Nice pic..hehe ~>_<~
Kalau saya sanggup benti keje dr tinggalkan somi dan anak2. Kalau byk sgt komitmen pun akan benti jugak. Keluarga lebih utama. Setakat ni x berpeluang benti keje lagi. Somi tak kasi.
Kdg2 tak tahan dah nak keje ni. Penat fizikal dan mental. Entah bila la somi nak suh benti keje.
pemikiran kita sama.. memperuntukkan masa sepenuhnya utk family buat kita rasa puas walaupun penat.. namun sebaiknya dengarlah cakap suami, mungkin ada sebab tertentu.. :)
Ramai macam tu..termasuklah kakak sy sendiri.rasa nak berhenti kerja dan bekerja di rumah saja. Tapi oleh kerana kos sara hidup yg tinggi kat bandar, terpaksa la sabar dulu..
weekend husband/wife ni memang susah...kira pengornbanan jugalah, boleh jadi juga bebanan kpd keluarga tersebut.
bak kata pepatah, yg dikendong berciciran yg dikejar tak dapat. fikir dulu sebelum buat keputusan, kes mcmni selalunya suami mengizinkan sebab isterinya beria-ria sangat...itu masalahnya.
Haa tu la..tepat sekali..kalau tak bagikan merajuk pulak..2,3 tahun pun duk mengungkit lagi..suami ni malas sebenarnya nak layan kerenah isteri panjang2.. Tp kan...demi keluarga..BERTEGASLAH.. Sebab isteri ni akal dia pendek je..suatu hari dia akan fikir logik jgk..
Ini tak boleh komen..hehee.sebab tak rasa lagi.
Bila dah kawin nnti ingtlah pesan akak ni...dahulukan keluarga..suami dan anak walaupun belajar setinggi PHD..∩__∩
Post a Comment