Wednesday 17 April 2013

Bahana Cinta Online


Assalamualaikum..

Hai readers.. Pagi ni nak cerita pasal pengalaman bercinta dalam telefon. Pernahkah anda mengalaminya? Apapun jadikan pengajaran kepada sesiapa yang sudah terkena dengan cinta online ni.. Dalam bab ni saya tak faham kenapa mudah sangat jatuh cinta dan memberikan kepercayaan kepada orang yang kita tidak kenali? Ada yang siap hantar gambar lagi. Gambar tuuttt pun ada jugak. Pastu bila gambar tuttt kita tu tersebar dengan muka kita terpampang sekali, mula la mengalir air mata darah! Dasyat manusia sekarang ni, langsung tidak memikirkan risiko yang akan dihadapi kemudian hari.

Ni nak cerita sikit kisah teladan yang terjadi kepada kawan saya sendiri. Masa tu kami masih lagi bergelar pelajar di IPTA dan kami tinggal sebilik. Suatu hari dia mendapat panggilan dari seoarang lelaki yang tidak dikenali. Tersilap dail katanya, tapi bercakap bukan main panjang lagi. Kalau saya dah lama tekan END CALL. Dan lepas tu mereka mula berbalas-balas mesej pulak tanya itu tanya ini dan siap berkenalan lagi.

Tak lama kemudian mereka bercalling-calling pulak berjam-jam siap si kawan saya ni berguling-guling kesukaan lagi atas katil. Saya yang memerhati pun memang geli hati tengok gelagat dia. Kejap kaki ke atas kejap kepala terjuntai ke bawah katil.. ketawa tak usah cakap la, berdekah-dekah macam pontianak pukul 3 pagi! Apekehel? Kemaruk ke apa. Yang pasti mereka ni dah dilamun CINTA!!

2 tahun kemudian. Masa tu mereka bercinta tahap sehidup semati dah. Si lelaki siap hantar gambar lagi, sama la jugak dengan kawan saya ni. Hensem la jgk lelaki tu, putih dan nampak stylo sket ala-ala kebaratan. Kawan saya ni pulak memang tak pernah ada teman lelaki. Mungkin sebab atas kekurangan rupa, berkulit gelap dan berbadan gempal. Jadi time nak hantar gambar kat lelaki tu, dia susah hati la sket. Sedaya upaya dieditnya gambar dia sampai jadi cantik.

Suatu hari si lelaki nak berjumpa dengan dia. Mereka rancang berjumpa kat sebuah shopping mall. Saya ingatkan si lelaki ni dah tahu la pasal bentuk fizikal dan rupa sebenar dia, maklumlah dah 2 tahun bercinta sakan. Tiba la hari ditunggu, dia pergi sorang diri je sebab saya ada hal. Cuma saya bagi nasihat supaya dia pandai-pandai jaga diri.

Tak lama kemudian dia balik dengan senyuman manis dibibir. Bahagia nampak, pertemuan berjalan lancar la tu. Saya pun bertanya la serba sedikt tentang pertemuan tu. Dia kata mereka bertemu kat koridor shopping mall tu je. Pakwe dia tu datang bersama seorang lagi kawan lelaki. Lepas snap-snap gambar, lelaki tu minta diri. Tak sempat makan bersama pun. Then, apa jadi lepas pertemuan tu??

LELAKI TU LANGSUNG TAK JAWAB SMS ATAU PANGGILAN dari kawan saya ni, sampai la ke hari ni! Apa lagi..menangis tak berlagu la kawan saya yang dah kemaruk cinta ni. Putus begitu saja tinggal kenangan. Sebulan jugak la dia duk bersedih, kesian jugak saya tengok. Semoga dia bertemu dengan lelaki yang boleh menerima kekurangan dia suatu hari nanti. Lelaki yang benar-benar mencintai dia bukan kerana paras rupa, tapi kerana agama, sifat dan budi pekertinya.



Thank you for reading my entry!

21 comments:

Amin A. R said...

tapi, ada orang bercinta melalui henpon sahaja tanpa berjumpa selama setahun...dan penggakhirannya, putus begitu sahaja..boleh gitu? hihi

Fazlina Ridzwan said...

2 thn bcinto x ponah jumpo?..erkkk!!!!...kosian kek kwn ekau tu yo...

Akupenghibur.com said...

ishhhhh jgan cuba2 nasib tak apa2 .kalau di tipu dan buat bukan2 lagi teruk... percaya pada qada da qadar ALLAH

Bin Muhammad said...

Bercinta biarlah jujur...Kalau saya pun reject. Tapi kalau tahu dari awal pasti lain endingnya.

miss yatie said...

eeemmm...itulah lumrah manusia, bila kita tanya, dia cakap kita tak pilih luaran yg penting dalaman, tapi luaran itulah yg pertama dinilai kan? cinta siberlah kita katakan, memang ada bahayanya sikit, tapi masih ada yg berkekalan...jadi berhati2lah supaya kita tidak terpedaya..

Unknown said...

Aii ada pengalaman ke? Hehe

Unknown said...

Hmm tu pun klu bleh dia xnak berjumpa sbb kekurangan dia la..mmg kesian

Unknown said...

Tu la...mmg merisaukan la jgk..sy mmg xpercaya dr awal.. hmm boleh jgk bercinta tnpa kenal dulu kan...pelik

Unknown said...

Agak2 lelaki tu kecewa tak? Hmm mungkin dua2 kecewa..

Unknown said...

Ye la kan..ada yg kekal ke jinjang pelamin..tp kena jujur lah..

Unknown said...

anie pun dpt pngalaman dr kwn jgk, same situation like ur frenz akak...berkenalan dlm phone je, xtau laa mcm mana diorg boleh bertahan..tp skrg dgr cerita diorg dh break...anie xsuka n kalo boleh xnak terjebak cinta online or dlm phone neh, bahaya kan..

krole said...

adus...ade jgk mamat camni...wak sbg kwn hrus bri sokongan kat kwn wak tu...jodoh ni ketentuan dari illahi disertakan usaha dari kta...bykkn berdoa agar mndpt jodoh yg terbaik..insyallah...ada tu~

Farhana94 said...

Nape org prmpuan sllu di tipu oleh lelaki...kita prcyakan llki mati2 , pcya jnji manis lelaki...last2 die tipu kita dari blakan...

Unknown said...

mudah2an dia bertemu jodoh dengan lelaki yang faham dan tak kisah akan rupa paras dia..insyaALLAH ..

Nur Nainis said...

Ada yang menjadi menjadi..ada yang tak, tak juga. Abang kawan saya..dia kahwin dengan perempuan yang dia berkenalan melalui facebook. Alhamdulillah, dah 3 tahun rasanya kahwin..Ada anak seorang. Tapi much better, jumpa mak bapa dulu kalau dah berkenan sangat.

Unknown said...

Memang bahaya dan sia2 Anie.. sbb diorang pasti berbohong dan menceritakan kebaikn masing2 je.. bila dh lama2 pecah jgk tembelangnya.. hmm apa la faedahnya kan?

Unknown said...

Mudah-mudahan begitulah..

Unknown said...

Ye ada jgk yg mmg jodoh diorang kn.. tp masing2 kena jujur la..

Unknown said...

Mgkin mamat tu rasa tertipu la Krol.. mujur la sy ada time dia kesedihan tu.. byk gk la bg nasihat.. dh sblm ni mmg dia susah dgr nasihat sket..bila dh kena baru laa..begitu la hendaknya.. insyaAllah..

Unknown said...

cinta online nie boleh...tapi bersedia menghadapi risiko....... kalau dapat yg elok.... bersatu lah.... takut ada yg ambil kesempatan jer......
so kena hati2....

Unknown said...

Dari awal percintaan mereka ni mmg membahagiakn.. xsangka plk jadi mcm tu..

Tu la kn.. jgn berharap..