Saturday, 29 June 2013

Dicintai oleh bloggers

Assalamualaikum.. Rasa pencapaian blog makin lama makin membanggakan walaupun mungkin blog lain yang sebaya dah jauh maju ke depan. Tahap ini pun kira dah bersyukur sangat kalau nak dibandingkan dengan beberapa bulan lepas. Traffik juga meningkat setiap bulan dari 300, 400.. ke 500 lebih sehari.. Apa pun kesabaran tu penting untuk berjaya. Jangan terlalu gelojoh. Tapi kalau bergerak lembab macam siput pun kurang memberangsangkan juga. Kena bertindak aktif, konsisten dan sabar.


Dari hari ke hari saya semakin belajar dari kesilapan dan meningkatkan mutu dalam penulisan agar ia tidak berada di tahap sama. Kalau dulu blog ini hanya didatangi oleh beberapa orang blogger tetap sahaja, namun kini alhamdulillah dah semakin ramai yang datang bertandang. Walaupun ada yang datang kerana terserempak sahaja, namun tidak kurang juga yang meletakkan blog ini dibloglist mereka. Terima kasih diucapkan, rasa bangga dan bersyukur sangat.

Entah kenapa saya tidak menitikberatkan followers sehingga menyembunyikan widget tersebut walaupun dah ada beberapa orang yang pujuk supaya ia ditonjolkan. Hehe.. Namun sifat saya yang low profile (ehehekk) ini hanya meletakkan widget google+ followers sahaja. Tapi yang peliknya setiap hari ada sahaja yang sudi untuk follow dan ia semakin bertambah-tambah walaupun disembunyikan. Terima kasih juga diucapkan.

Bagaimana Untuk Dicintai oleh Bloggers?

Setahu saya blogwalking memang berjaya menarik pengunjung ke blog kita. Bukan sekadar pengunjung yang datang membalas balik komen, tetapi pengunjung yang wajib datang dengan setia dan ingin mengetahui kisah seterusnya atau cerita terbaru hari ini. Itulah pentingnya entry yang berkesan di hati dan bermutu.

Cara kita komen di blog orang macam mana? Kita menyelami tak perasaan dan kisah yang mereka ceritakan? Atau sekadar membaca di awalan atau penghujungnya sahaja semata-mata untuk cari point nak komen? Ikhlas itu perlu ok. Jangan datang dan komen, wahh cantik! Wauu menarik! Suka jika ada yang sudi berkongsi tips atau pandangan atau kata-kata nasihat di kotak komen. Ia amat bermakna dan berjaya menarik perhatian. 

Apabila kita sentiasa mengikuti entri-entri terbaru mereka, sedikit sebanyak kita tahu dia dah kawin ke belum? Dah ada anak berapa orang? Tinggal kat area mana? Jadi dengan cara itu kita akan rapat sebagai kawan malah macam keluarga dalam dunia blog. Ada suatu perasaan antara kita. Bukan perasaan cinta (namun ia tidak mustahil), tetapi perasaan sedih bila dia sedih, perasaan kagum bila dia berjaya, dan banyak lagi perasaan.

Dengan itu kita akan menyintai dan dicintai dalam dunia blog. Segala entri kita juga dibaca dengan rakusnya. Tetapi diingatkan, entri perlulah berkualiti dengan pengisian yang bagus. Walaupun kadang-kadang entri saya tidaklah sebagus mana kerana ketandusan idea. Hehe.

Happy blogging ye semua, do the best for your blog!


Thanks for reading..

No comments: