Monday, 3 November 2014

Ni kucing ke manusia?

Assalamualaikum.. 

Alahaii kucing ni sekor macam-macam hal. Hari tu kena penyakit terlajak nak mengawan. Siap ajak kucing jantan masuk rumah. Sengaja pulak dia tayang tubuh dia depan pintu rumah sambil mengiau manja.. aeii geram betol.. kecik-kecik lagi dah gatal. Zaman sekarang kucing pun gatal..bukan setakat manusia..hhaha..fitnah kot ni.. entah-entah memang dah kucing bersikap macam tu.

Masalahnya kucing tu belum masuk peringkat dewasa lagi.. kalau manusia dalam lingkungan tingkatan 3 la kot. Tak patot la kan.

Lepas habis sesi gila mengawan dia tu..haaa.. kena penyakit muntah-muntah pulak.. habis muntah atas kapet kat dapur. Nasib la dapat tuan yang sabar. Lepas tu muntah kat beranda rumah pulak. Kita yang busy tahap tak sempat nak duduk ni manalah ada masa nak basuh-basuh beranda rumah. 

Pastu tanya Mr.K.. "apahal kucing kita ni, macam-macam hal. Sebab makanan tak sesuai ke?" Mr.k jawab dengan selamba.. "Mengandung la tu.." 

Apa??? Kucing pun ada alahan jugak ker? 

Tapi sampai hari ni saya tak nampak pulak perutnya semakin membuncit. Tak mengandung kot. Kalau tidak susah pulak nanti nak kena sediakan tempat baby kucing kat luar rumah. Mungkin sebab makanan la kot.. baru nak ajar dia makan makanan kucing. Sebelum ni bagi nasi dengan ikan..pagi-pagi nak kena rebus ikan untuk dia sambil dengar dia bertempik kat kaki. Adusshh naik stress!

No comments: