Saturday 3 January 2015

Fatin Liyana dah bertunang??

Assalamualaikum..

Ohhh idola kuuu.. kenapa lambat sangat saya dapat tahu pasal ni.. pleaseee laaa! mencik i (tiru gaya Fatin jap)

Pagi tadi baru ternampak gambar ni kat tumblr Dr Anwar Fazal yang juga salah seorang pakar motivasi untukku terus maju dunia akhirat. Alhamdulillah.


Cantik sangat Fatin Liyana.. ada iras-iras bakal ibu mertuanya.

Semoga kekal ke jinjang pelamin ke akhir hayat Fatin Liyana. Tahniah!

Siapakah Fatin Liyana ni?

Kepada sesiapa yang belum tahu...eh ada ker yang tak tahu? 1 Malaysia minat kat dia tau. Seorang blogger cantik yang menjadi pujaan ramai kerana kecantikan dan kepintarannya. Beauty with Brain. Sekarang dah menjadi seorang doktor pun. Dahsyatkan dia? 

Semua ada kat dia.. cantik, blogger, model, doktor, pereka fesyen, glamour, penulis blog kesukaan ramai..keluar dalam media lagi tau.. dan kebanyakan blogger-blogger Malaysia ada menulis pasal beliau. Wahhh bangga banget jadi dia. Tapi dia seorang yang merendah diri.

Saya suka baca blog dia yang santai dengan cerita-cerita kehidupan beliau sendiri. Penulisannya memang buat orang tekun membaca sampai habis sambil tersengih. Ada juga yang buat saya tergelak..lucu!

Apapun dia memang hebat. Tahniah kepada ibu bapanya yang mendidik anak dengan baik sekali sehingga beliau jadi yang terbaik sekarang.

4 comments:

PeRdU cINta said...

Moga sifatnya yang baik itu menjadi ikutan kita semua..resamnya padi..makin menunduk bila mana semakin berisi..alhamdulillah..setiap insan punya bahagian masing masing..telah Allah tetapkan..mensyukuri setiap anugerah ilahi..disamping mencari redhaNYA..Mieza juga hebat dalam dunia kek..subhanallah..♡♡

Yana Yassin said...

Pandai berahsia Fatin nie , Adik YY keje satu ward dengan dia pun x tau dia nak bertunang . bagus kan .

Qaseh Vee said...

tahniah fatin liyana ...

Fiza Aizzawa said...

Baru tahu... tahniah buat Fatin