Wednesday 28 January 2015

Siapa punya angkara ni??

Assalamualaikum..

2 minggu lepas saya keluar beli makanan tengah hari kejap. Kebetulan tengah diet Atkins masa tu.. tak tahu nak masak lauk apa. Tengah drive tiba-tiba customer whatsapp nak ambik kek pukul 3 petang. Alamak! Sekarang dah pukul 2 lebih. Saya pecut kereta laju-laju kiri kanan kiri kanan akhirnya sampai kat restoran.. beli lauk daging goreng black pepper kemudian bergegas balik dengan denyutan jantung sudah agak laju..

Sebab.. Kek tak siap lagiiii!!!

Saya bagitau customer agar datang lambat sket sebab saya ada kat luar. Sampai kat rumah bergegas bukak peti.. dan apa dah jadi dengan kek yang dah separa siap tu??


Nahh! ambik kau.. budak mana punya kerja ni berani buka peti hancurkan kek orang. Ya Allah..rasa nak kejar keliling kampung budak tu. Dah pukul 2.45!

Nasib baik la saya dah belajar teknik-teknik nak cover kek rosak ni tau.. Haha.. ok la kan?


 Alhamdulillah.. cantik jugak kek ni di mata customer dan semua yang tengok kat FB. Haa lubang dah ditutup dengan krim dan tag tu. Nasib baik..

Hmm.. lepas ni tak boleh cuai dah. Kena kunci pintu peti walaupun nak tinggal sekejap. Pekerja semua ada kat bilik deko..peti kat luar. Mana nak perasan kan kalau ada budak nakal datang buka peti senyap-senyap. Nasib baik la tak ambik sekepal kek makan kat padang bola. Nayee akuuu!

4 comments:

Aishah Amin said...

fuhhh..memang membakar tengok lobang tuu..nasib baik awak kreatif..!!!!

BinMuhammad said...

Itu hanyalah dugaan dan lihatlah rahmat disebaliknya. Kan dah jadi lebih menarik dr sebelumnya! :)
Maafkan dan bersyukurlah..

Unknown said...

nasib baik price tag..bole cover lagi lobang..ahhaahh

PeRdU cINta said...

Musibah itu sangattttt menyakitkan...namun hikmahnya juga tidak kurang sangatttt hebatnya..malahan kadangkala nikmat yang kita kecapi lebih berganda kemanisannya berbanding sebelum ditimpa dugaan..
siapa yang tidak teruja melihat deko kek mieza..sangat cute..